Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Filipina kesan kes varian Lambda pertama

    MANILA, 15 OGOS – Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) hari ini mengesahkan kes pertama varian koronavirus Lambda yang dikesan ke atas seorang wanita berusia 35 tahun.

    “Kes itu tidak menunjukkan sebarang gejala dan pulih selepas menjalani tempoh isolasi 10 hari,” kata DOH, menambah ia akan menjalankan pengesanan dan kes masih disiasat.

    Varian Lambda diklasifikasikan sebagai Variant of Interest oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). DOH berkata varian Lambda ‘mempunyai potensi untuk menjejaskan penularan SARS-CoV-2 dan pada masa ini sedang dipantau bagi signifikan klinikalnya.

    DOH juga melaporkan 14,749 jangkitan baharu COVID-19 hari ini, jumlah kedua tertinggi sejak penularan bermula pada Januari tahun lalu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hujan lebat landa selatan India

    INDIA, 4 DIS – Hujan lebat melanda bandar Chennai di selatan India hari ini dan dijangka akan berlaku ribut. Ribut Michaung dijangka melanda pantai...