Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Filipina, Korea Selatan tandatangan perjanjian perdagangan bebas

    MANILA, 8 SEPT – Filipina dan Korea Selatan telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang bertujuan untuk meningkatkan akses pasaran antara kedua-dua negara Asia itu, menurut kerajaan Filipina hari ini.

    Menteri perdagangan kedua-dua negara menandatangani perjanjian perdagangan kelmarin semasa sidang kemuncak ASEAN-Korea Selatan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, menurut Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) Filipina.

    Pemimpin kedua-dua negara, Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos dan Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol menyaksikan pemeteraian perjanjian itu.

    Menerusi FTA itu, Filipina menjangkakan Korea Selatan boleh membuka akses pasarannya kepada produk pertanian Filipina, termasuk buah-buahan tropika. Perkongsian itu juga boleh membawa kepada pelaburan strategik dalam sektor dan industri utama seperti pembuatan dan eksport.

    Marcos menyifatkan FTA itu sebagai ‘langkah besar’ dan hubungan dua hala dan menantikan peningkatan perjanjian perdagangan yang ‘melangkaui perkongsian kerajaan-dengan-kerajaan.’ – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...