Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina kuarantin 50 orang serentak

    MANILA, 24 April 2003 – Presiden Filipina Gloria Arroyo merayu penghidap Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) supaya tampil ke depan untuk menjalani pemeriksaan perubatan, ketika 50 penduduk kampung di kuarantin serentak setelah sekian lama berhubungan dengan seorang wanita yang meninggal dunia akibat penyakit itu.

    “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Alcala…kerana membenarkan diri mereka di kuarantin,” kata Presiden Arroyo dalam satu kenyataan menegaskan kesejahteraan negara ‘bergantung kepada tanggungjawab setiap rakyat.’

    “Kami merayu kepada mereka yang merasakan mereka berisiko untuk dijangkiti SARS supaya secara sukarela mengkuarantin diri dan meminta bantuan daripada pihak berkuasa kesihatan,” kata Arroyo.

    Seorang pembantu jururawat meninggal dunia disyaki akibat SARS pada 14 April sekembalinya dari Kanada di mana beliau dipercayai dijangkiti penyakit itu daripada ibu kepada teman sebiliknya, kata pekerja kesihatan di sini.

    Bapa kepada wanita itu yang menghidap barah, juga diletakkan di bawah kuarantin, meninggal dunia.

    Troy Gepte, anggota pasukan petugas anti SARS kerajaan Filipina berkata 50 orang yang berhubungan lama dengan wanita itu telah diarah berkurung di dalam rumah dan diawasi di bandar Alcala, 160 kilometer dari Manila.

    “Kami hanya mengkuarantin orang ini buat sementara waktu. Ia hanya satu langkah untuk mengawasi secara dekat siapa yang mungkin terdedah kepada penyakit itu,” kata Gepte.

    Jika mereka tidak menunjukkan sebarang simptom pada hujung minggu ini, perintah kuarantin itu akan ditarik balik kerana tempoh inkubasi untuk penyakit itu telah berlalu, tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda