Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Filipina kuat kuasa semula peraturan pra-pandemik

    MANILA, 25 MAC – Filipina akan menguatkuasakan semula peraturan kemasukan pra-pandemik untuk warga asing lengkap vaksin COVID dari negara yang memerlukan visa mulai 1 April, lapor Xinhua.

    “Warga asing dibenarkan memasuki Filipina tanpa memerlukan dokumen pengecualian kemasukan (EED) serta mematuhi keperluan visa tertakluk dengan syarat kemasukan dan pelepasan imigresen,” kata Timbalan Jurucakap Presiden Kristian Ablan hari ini.

    Filipina mengenakan peraturan EED untuk pelancong dari negara yang memerlukan visa ketika pandemik melanda.

    Dalam satu sidang media, Ablan berkata warga asing mesti lengkap vaksinasi, kecuali kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang melancong bersama ibu bapanya.

    Beliau menambah pengembara mesti mengemukakan “bukti vaksinasi yang boleh diterima,” ujian RT-PCR atau ujian antigen berasaskan makmal dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam, sebelum berlepas dari negara asal.

    “Tiada lagi kuarantin sejurus sampai tetapi perlu memantau sendiri sebarang tanda atau gejala dalam tempoh tujuh hari ketibaan,” tambah Ablan.

    Pengumuman dasar kemasukan baharu itu dibuat lima hari selepas Presiden Filipina Rodrigo Duterte menandatangani perintah eksekutif melonggarkan syarat kemasukan pelancong asing ke negara itu untuk merancakkan pelancongan antarabangsa, pelaburan asing, dan memulihkan pekerjaan dalam sektor pelancongan.

    Langkah itu adalah sebahagian usaha kerajaan mempercepat dan memulihkan negara daripada impak pandemik COVID-19.

    Pada 10 Februari, Filipina membuka semula pintu sempadannya kepada pelancong asing dari 157 negara dan wilayah bebas visa selepas dua tahun dibelenggu pandemik. – Bernama

    Pelancong kelihatan santai di pantai pulau Sumilan, Cebu, Filipina.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...