Filipina lanjutkan perintah berkurung di Manila, kawasan berisiko

MANILA, 24 APRIL – Kerajaan Filipina hari ini melanjutkan perintah berkurung selama dua minggu lagi sehingga 15 Mei di Metro Manila dan beberapa wilayah berisiko tinggi lain di pulau utama Luzon di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Keputusan Duterte diumumkan oleh jurucakap presiden, Harry Roque dalam satu sidang media ringkas pada pagi ini. Duterte juga menerima cadangan Pasukan Khas Antara Agensi Mengenai Kluster Penyakit Berjangkit yang akan dilaksanakan dalam beberapa wilayah di tengah dan selatan Filipina di bawah perintah berkurung yang diperluaskan lagi sehingga 15 Mei.

Duterte mengatakan kawasan, wilayah dan pulau yang dianggap sederhana dan berisiko rendah dalam penularan COVID-19 akan diletakkan di bawah satu kuarantin komuniti umum (GCQ) bermula 1 Mei.

“Kawasan yang sebelumnya di bawah ECQ namun kekal di bawah GCQ akan membenarkan pekerja keluar dan bekerja secara berperingkat.” – Xinhua

Seorang anggota polis Filipina memeriksa suhu penunggang motosikal di salah satu pos pemeriksaan di Manila, 24 April. Kerajaan Filipina melanjutkan lagi perintah berkurung di Metro Manila dan beberapa pulau utama lain yang berisiko besar jangkitan COVID-19 sehingga 15 Mei. – Xinhua