Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Filipina lapor kes pertama cacar monyet

    MANILA, 29 JULAI – Filipina telah mengesan kes pertama cacar monyet pada seorang individu yang mempunyai sejarah perjalanan keluar negara, menurut pegawai hari ini.

    Pengumuman itu dibuat kurang seminggu Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

    Pegawai Filipina tidak mengesahkan identiti individu tersebut, dan hanya mendedahkan pesakit itu berusia 31 tahun dan disahkan positif kelmarin selepas menjalani ujian RT-PCR.

    “Kes tersebut sebelum ini mengunjungi negara yang mempunyai kes cacar monyet,” kata Beverly Ho, timbalan setiausaha rendah Jabatan Kesihatan.

    “Seramai 10 orang kontak rapat direkodkan, tiga daripadanya dari isi rumah yang sama. Kesemua mereka dinasihatkan menjalani pengasingan diri dan kini dipantau oleh Jabatan Kesihatan.”

    Peningkatan jangkitan cacar monyet telah dilaporkan sejak Mei di luar negara-negara Afrika tengah dan barat, di mana penyakit itu sudah lama diisytiharkan sebagai endemik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...