Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina larang kewajipan kasut tumit tinggi di tempat kerja

     

    MANILA, 25 Sept – Filipina telah melarang syarikat-syarikat yang memaksa wanita-wanita untuk memakai kasut tumit tinggi ketika bekerja di bawah satu perintah kerajaan yang dialu-alukan oleh kumpulan buruh hari ini sebagai satu kemenangan ke atas seksisme dan kesakitan.

    Arahan jabatan buruh itu berkuat kuasa kelmarin apabila pihak kerajaan membuat pembelaan bagi kerani-kerani pusat membeli-belah, penyambut-penyambut tetamu hotel dan atendan-atendan kapal terbang yang menderita.

    Majikan-majikan perlu mengimplementasikan penggunaan “kasut praktikal dan selesa” untuk meningkatkan kesihatan pekerja-pekerja yang berdiri bagi tempoh masa panjang, menurut arahan itu, bagi kasut tumit tinggi berukuran 2.54 sentimeter (satu inci) atau lebih, melainkan pekerja itu memilih untuk memakainya.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda