Filipina luaskan sekatan di luar Manila

MANILA, 4 JAN – Filipina akan meluaskan sekatan-sekatan koronavirus di Manila bermula esok dengan merangkumi lebih 11 juta orang yang tinggal berdekatan dengan ibu negara ketika jumlah kes melambung, menurut kerajaan.

Jangkitan harian telah melonjak ke paras tertinggi dua bulan pada Januari dan jabatan kesihatan memberi amaran mengenai jumlah kes lebih tinggi dalam beberapa hari akan datang berikutan pengesanan kes-kes varian Omicron.

Wilayah-wilayah Bulacan, Cavite dan Rizal di sekitar Manila telah diletakkan di bawah amaran tertinggi ketiga “disebabkan peningkatan mendadak kes-kes COVID-19”, jurucakap presiden Karlo Nograles memberitahu dalam satu kenyataan hari ini.

Di bawah sekatan lebih ketat, yang akan dikuatkuasakan sehingga pertengahan Januari, penduduk yang belum bervaksin mestilah kekal di rumah kecuali untuk membeli barangan keperluan atau bersenam.

Restoran-restoran, taman, gereja dan salun kecantikan akan beroperasi pada kapasiti lebih rendah sementara kelas bersemuka dan aktiviti sukan bersentuhan digantung.

Arahan itu dibuat sehari selepas Manila memasuki amaran tahap 3. – AFP

Gambar fail bertarikh 6 Ogos 2021 menunjukkan anggota polis memeriksa dokumen penunggang motosikal yang dalam perjalanan dari wilayah Rizal berdekatan di tempat pemeriksaan di Bandar Quezon, subbandar Manila. – AFP