MANILA, 14 MAC – Filipina hari ini berkata bahawa ia telah memanggil duta Beijing selepas sebuah kapal tentera laut China didapati ‘berlegar-legar’ secara haram di perairan negara Asia Tenggara itu, dalam perbalahan diplomatik terkini antara kedua-dua negara itu.
Manila dan Beijing bertegang leher dalam pertikaian wilayah terhadap Laut China Selatan yang keseluruhannya dituntut oleh Beijing, tetapi kementerian luar Filpina berkata, kapal China itu memasuki perairan kepulauannya ‘tanpa kebenaran’.
Kapal peninjauan elektronik kelas Dongdiao itu berada di Laut Sulu, laluan air terbesar Filpina, dari 29 Januari hingga 1 Februari dan tidak mengendahkan arahan berulang untuk beredar.
Kapal itu mendakwa bahawa “ia membuat perjalanan lurus” apabila ia sampai ke pulau-pulau Cuyo di luar pesisir Palawan dan Pulau Apo di luar pesidir Mindoro.
“Pergerakannya, bagaimanapun tidak mengikut laluan yang boleh dianggap lurus dan cepat, berlegar-legar di Laut Sulu selama tiga hari,” kementerian luar itu berkata, menuduh kapal itu membuat ‘pencerobohan haram’. – Bernama