MANILA, Filipina, 12 Mac – Kerajaan Filipina dan pemberontak komunis bersetuju untuk menyambung semula rundingan damai dan mengembalikan gencatan senjata berasingan selepas meningkatnya pertempuran maut, menurut para pegawai hari ini.
Kerajaan dan para perundingan pemberontak akan menyambung semula rundingan awal bulan depan dan membincangkan syarat gencatan senjata yang lebih meluas, menurut penasihat presiden Jesus Dureza. Norway, yang telah menjadi pihak perantara perundingan, telah mengadakan rundingan tidak rasmi selama dua hari di Belanda yang membawa kepada keputusan untuk menyambung semula rundingan menamatkan salah satu pemberontakan paling lama di Asia.
Baru tiga hari lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengancam akan melancarkan peperangan berhabis-habisan ke atas gerila-gerila Tentera Rakyat Baru selepas mereka membunuh empat orang anggota polis dan mencederakan seorang lagi dalam serangan hendap di selatan wilayah Davao Del Sur.
“Saya bersedia bagi perang habis-habisan, 50 tahun lagi,” Duterte berkata Khamis lalu. “Saya boleh memberi jaminan kepada kamu bahawa pasukan bersenjata dan pasukan Polis Kebangsaan Filipina akan memberi respons. – AP