Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Filipina pertimbang beli helikopter Chinooks dari AS

    MANILA, Filipina, 15 OGOS – Pegawai Filipina sedang mempertimbangkan satu tawaran Amerika Syarikat (AS) untuk menyediakan helikopter pengangkut berat seperti Chinooks yang digunakannya secara meluas, selepas Manila membatalkan pembelian helikopter dari Rusia susulan kebimbangan sekatan Barat, menurut duta Filipina ke Washington.

    Menurutnya, mantan presiden Rodrigo Duterte meluluskan pembatalan perjanjian yang ditandatangani dengan Rusia untuk membeli helikopter Mi-17 atas kebimbangan kemungkinan sekatan Barat, yang akan menghambat pengiriman wang pendapatan warga Filipina ke tanah air dari AS dan negara-negara Barat lain, kata Duta Filipina, Jose Romualdez.

    Washington tidak menekan Filipina untuk membatalkan perjanjian bernilai 12.7 bilion peso (AS$227 juta) dengan Rusia. Namun susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari, negara-negara yang membeli peralatan Rusia akan berdepan sekatan Barat, tambahnya.

    “Saya kira ia amat bertepatan khususnya bagi presiden Duterte meluluskan pembatalan kontrak kerana ia boleh menghindari kita daripada masalah,” kata Romualdez pada satu sidang media dalam talian dianjurkan oleh koresponden asing berpangkalan di Manila.

    Tawaran AS untuk menjual Boeing CH-47 Chinooks dibincangkan seawal tahun lalu oleh bekas setiausaha pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana dan rakan sejawatan Amerika, Llyod Austin di Washington sebelum Duterte dipujuk oleh ahli-ahli kabinet utama untuk membatalkan perjanjian itu, kata Romualdez. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...