Thursday, June 8, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Filipina pindahkan penduduk selepas letusan gunung berapi

    MANILA, 6 JUN – Filipina telah memindahkan lebih 200 penduduk ke tempat-tempat perlindungan sementara selepas gunung berapi Bulusan di wilayah Sorsogon memuntahkan abu dan wap kelmarin, menyelubungi pekan-pekan dan kampung dengan abu, pihak berkuasa berkata hari ini.

    Mark Timbal, jurucakap bagi Majlis Pengurangan dan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDRRMC), berkata bahawa pemindahan sedang dilaksanakan untuk meyakinkan keluarga-keluarga meninggalkan kawasan dalam 4km zon.

    “Pemindahan masih berjalan. Semua mesti meninggalkan zon bahaya,” beliau memberitahu saluran TV tempatan.

    Pengawal Pantai Filipina berkata, ia telah membantu memindahkan 58 keluarga di pekan Juban selepas ‘letusan freatik’ kelmarin.

    Renato Solidum dari institut vulkanologi kerajaan berkata, gunung berapi Bulusan terus mengeluarkan wap hari ini.

    “Ini menunjukkan aktiviti hidro-terma yang aktif di bawah gunung berapi berkenaan,” katanya.

    Beliau berkata, institut itu merekodkan 29 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam, menambah bahawa ia berkaitan dengan aktiviti hidroterma. – Xinhua

    Petugas pengawal pantai menyodok abu untuk membersihkan sebatang jalan raya di pekan Juban, wilayah Sorsogon kelmarin, sehari selepas letusan gunung berapi Bulusan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -