Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Filipina puji kejayaan Olimpik Musim Sejuk Beijing

    BEIJING, 23 FEB – Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin memuji kejayaan China dalam menganjurkan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing ketika wabak COVID-19 masih melanda dunia.

    “Walaupun Filipina tiada salji, tiada musim sejuk, tetapi kami tetap menyertai Sukan Olimpik Beijing.

    “Terima kasih kepada China yang menganjurkan temasya sukan dengan cemerlang pada saat kritikal ini,” kata Locsin dalam satu forum anjuran Kedutaan China di Filipina kelmarin.

    Setiausaha Perdagangan dan Perindustrian Filipina, Ramon Lopez turut memuji usaha China yang berjaya mengatasi pelbagai halangan bagi menjayakan temasya itu.

    Menurut beliau, China juga berjaya menjayakan temasya sukan yang mendapat tumpuan paling meluas di dunia.

    Bertemakan ‘Janji Temu Salji dan Ais yang Sukar Dilupakan’, forum itu turut dihadiri anggota pentadbiran Filipina dan lebih 200 tetamu terdiri pengamal media arus perdana tempatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...