Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Filipina sambut pengembara asing selepas 2 tahun

    MANILA, 10 FEB – Filipina hari ini membatalkan larangan hampir dua tahun ke atas pengembara asing, satu talian hayat buat industri pelancongan dan berkaitan meskipun Omicron menyemarakkan peningkatan kes COVID-19 negara itu.

    Pengembara asing dari 157 negara dengan pengaturan bebas visa dengan Filipina yang telah divaksin sepenuhnya dan diuji negatif virus akan dialu-alukan dan tidak lagi perlu menjalani kuarantin sejurus ketibaan. Kerajaan juga menamatkan satu sistem pengklasifikasian yang melarang ketibaan pengunjung dari negara terjejas teruk COVID-19.

    “Kami akan memulakan laluan seterusnya ke arah pemulihan,” kata Setiausaha Pelancongan, Berna Romulo-Puyat.

    Dia menambah, pembukaan semula sempadan akan memastikan pekerjaan kembali pulih dan menjana hasil bagi perusahaan dan komuniti berkaitan pelancongan.

    Filipina melaksanakan salah satu daripada perintah berkurung paling panjang dan kuarantin paling ketat di dunia yang dikuatkuasakan oleh polis bagi membasmi pandemik yang membawa kepada kemerosotan ekonomi terburuknya sejak 1940an, dalam masa yang sama melonjakkan kadar pengangguran dan kebuluran ke tahap rekod.

    Lebih sejuta rakyat Filipina kehilangan pekerjaan mereka dalam perusahaan pelancongan dan destinasi pada tahun pertama pandemik sahaja, menurut statistik kerajaan. Destinasi pelancongan, termasuk pantai popular dan pulau peranginan tropika, kini menyamai bandar hantu pada kemuncak perintah berkurung pandemik, manakala letusan gunung berapi dan taufan pula menambah kesengsaraan.

    Pembukaan semula sempadan ditetapkan pada 1 Disember sebelum ini, tetapi dibatalkan ketika varian mudah menular, Omicron merebak pantas. – AP

    Pengembara asing memakai pelitup muka sebagai perlindungan daripada koronavirus, berbaris di terminal ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Manila, 10 Februari. Filipina membatalkan larangan dua tahun ke atas pengembara asing, menyelamatkan industri pelancongan dan berkaitannya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...