MANILA, 25 Jun – Menteri Kewangan Filipina Carlos Dominguez (gambar) berada di Mumbai, India untuk mesyuarat tahunan ketiga Lembaga Gabenor Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang dimulakan di Mumbai, India hari ini.
Mesyuarat tahun ini akan memperlihatkan pelancaran Forum Infrastruktur Asia (AIF), yang bertujuan untuk mengumpulkan pembuat dasar dan pakar yang terlibat dalam pembangunan infrastruktur dalam perbincangan praktikal dan berasaskan projek yang memberi tumpuan kepada penyesuaian program pembiayaan inovatif kepada keperluan infrastruktur kritikal.
Mesyuarat dan seminar Lembaga Gabenor akan memberi tumpuan kepada cara untuk memastikan masa depan yang mapan bagi Asia melalui pelaburan prasarana yang kukuh.
Menurut negara tuan rumah India, tema tahun ini, ‘Menggerakkan Kewangan untuk Infrastruktur: Inovasi dan Kerjasama,’ mengakui peranan penting sektor swasta dalam merapatkan jurang infrastruktur.
Dominguez, sebagai gabenor AIIB untuk Filipina, akan menghadiri seminar gabenor dan menyampaikan kenyataan Filipina semasa meja bulat perniagaan Gabenor yang dijadualkan pada petang hari ini.

Selepas sesi pleno Gabenor yang akan berlangsung dari pagi hari ini, Dominguez dijadualkan menyampaikan ucaptama pada bengkel AIF mengenai ‘Mempergiat Bersama: Pembangunan Infrastruktur ASEAN’.
Sehingga 11 April tahun ini, Lembaga Pengarah AIIB telah meluluskan sebanyak 26 projek infrastruktur di seluruh Asia untuk dibiayai oleh bank berjumlah kira-kira AS$4.52 bilion.
Di Filipina, Projek Pengurusan Metro Manila Fasa 1, sebagai projek pertama yang dibiayai bersama oleh AIIB dengan Bank Dunia, telah ditandatangani pada Disember tahun lepas dan diisytiharkan berkuat kuasa pada 15 Mac 2018.
Beribu pejabat di Beijing, AIIB memulakan operasi pada Januari 2016 dan kini telah berkembang kepada 86 ahli yang diluluskan dari seluruh dunia.
Misi bank tersebut adalah untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial di Asia dengan melabur dalam projek-projek infrastruktur berkualiti tinggi, kewangan yang mesra alam. – Xinhua

































