Filipina siasatan kemungkinan kes virus China

MANILA, 21 JAN – Filipina sedang menjalankan pemeriksaan hari ini bagi kes pertama yang berpotensi dikatakan virus seperti SARS yang telah menjangkiti ratusan orang di China, kata pihak berkuasa kesihatan.

Kanak-kanak berusia lima tahun tiba di Filipina pada 12 Januari dari bandar Wuhan tengah China, tempat penyakit itu ditemui dan telah dimasukkan ke hospital sejak simptom flu.

Ketika kanak-kanak itu diuji positif menghidap virus itu, pihak berkuasa di Manila berkata mereka tidak pasti jika ia virus sama yang meragut empat jiwa di China dan tiga lagi jatuh sakit di negara Asia.

“Kanak-kanak itu dipertimbangkan sebagai orang di bawah siasatan,” kata Setiausaha Kesihatan Filipina, Francisco Duque memberitahu sidang media di Manila.

Sampel yang diambil daripada kanak-kanak itu telah dihantar ke makmal di Australia bagi ujian lanjut dan pihak berkuasa menunggu keputusannya, tambahnya.

Kanak-kanak itu sudah pun menunjukkan simptom seperti demam, sakit kerongkong dan batuk sebelum tiba di pusat bandar Cebu bersama keluarganya, kata jabatan kesihatan.

Tiga pengunjung yang lain dari China telah diperiksa oleh pihak berkuasa di lapangan terbang lain namun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom yang sepadan dengan amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang virus dari Wuhan. – AFP