MANILA, 10 NOV – Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos meluluskan rancangan untuk meneroka dan membangunkan potensi angin luar pesisir sebagai sumber tenaga bersih dan mampan, kata seorang pegawai presiden kelmarin.
Pegawai bertanggungjawab di Pejabat Setiausaha Akhbar Cheloy Garafil berkata presiden telah mengarahkan Setiausaha Tenaga Raphael Lotilla dan pegawai tenaga lain untuk menggerakkan inisiatif pengeluaran tenaga angin luar pesisir Jabatan Tenaga (JAS), lapor Xinhua.
Pegawai JAS juga mencadangkan penubuhan Majlis Pembangunan dan Pelaburan Angin Luar Pesisir, yang terdiri daripada agensi kerajaan yang berkaitan yang akan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pemaju angin luar pesisir. – Bernama