Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Filipina tidak akan jadi pangkalan tindakan provokatif tentera luar

    MANILA, 1 MEI – Presiden Ferdinand Marcos berkata kerajaannya tidak akan membenarkan Filipina menjadi ‘tempat persinggahan’ untuk tindakan ketenteraan menjelang pertemuan dengan Presiden AS Joe Biden, hari ini.

    Manila baru-baru ini memberikan Washington akses kepada lebih banyak pangkalan tentera Filipina ketika pihak bersekutu itu berusaha untuk menentang pengaruh China yang semakin meningkat di rantau itu dan tuntutan meluasnya ke atas perairan, pulau dan beting yang dipertikaikan.

    “Kami tidak akan menggalakkan sebarang tindakan provokatif yang akan melibatkan Filipina oleh mana-mana negara lain,” kata Marcos kepada pemberita kelmarin semasa dalam pesawat menuju ke Washington.

    “Kami tidak akan membenarkan Filipina digunakan sebagai tempat persinggahan untuk sebarang jenis tindakan ketenteraan,” katanya. – AFP

    Presiden Filipina melambai di samping HIMARS semasa latihan bersama ‘Balikatan’ di Filipina pada 26 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...