Saturday, August 20, 2022
23.9 C
Brunei

Filipina tidak berhasrat sertai semula ICC

-

MANILA, 1 OGOS – Filipina enggan menyertai semula Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata Presiden Ferdinand Marcos Jr hari ini, ketika pendakwa raya tribunal itu berusaha meneruskan siasatan terhadap perang dadah membawa maut bekas presiden negara itu.

Bekas presiden, Rodrigo Duterte yang berundur pada 30 Jun lalu, mengeluarkan Filipina daripada ICC pada 2019 selepas ia melancarkan siasatan terhadap kempen keras dadahnya yang membunuh ribuan orang.

Hakim ICC membenarkan penyiasatan penuh terhadap kempen antidadah itu pada September lalu, mengatakan ia menyerupai serangan tidak sah dan sistematik terhadap orang awam.

Ia menangguhkan siasatan dua bulan kemudian, selepas Manila mengatakan ia sendiri akan menyiasat dakwaan jenayah itu.

Pendakwa raya ICC, Karim Khan pada Jun mengatakan bahawa permintaan oleh Manila untuk menangguhkan siasatan adalah tidak wajar dan ia sepatutnya memulakannya ‘secepat mungkin.’

Namun Marcos Jr yang menyokong perang dadah Duterte, hari ini menegaskan semula pendirian negara itu untuk tidak menyertai semula ICC, sekali gus menidakkan siasatan penuh.

“Filipina tidak akan menyertai semula ICC,” katanya memberitahu wartawan hari ini. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Yangtze susut, kemarau teruk landa China

CHONGQING, 19 OGOS – Sungai terbesar China, Yangtze menyusut teruk hari ini akibat kemarau musim panas terburuk di China dalam masa enam dekad sehingga...
- Advertisment -