MANILA, FILIPINA, 18 FEB – Filipina telah mengikut keputusan New Zealand untuk menolak kemasukan Myanmar dalam pakatan perdagangan bebas terbesar dunia tatkala bantahan antarabangsa terhadap pengambilalihan tentera yang mencetuskan keganasan dan halangan demokratik di negara Asia Tenggara diperluaskan kepada sekatan perdagangan dan diplomatik.
Setiausaha Luar Teodoro Locsin Jr memberitahu rakan sejawatan Persatuan Negara Asia Tenggara dalam mesyuarat semalam di Kemboja bahawa Filipina tidak akan menerima ‘alat ratifikasi’ Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) oleh Myanmar,
merujuk kepada dokumen utama yang mengikat sesebuah negara kepada perjanjian perdagangan bebas 15 negara, yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.
Dalam ucapan Locsin yang diberikan kepada wartawan di Manila hari ini, beliau tidak memetik sebarang alasan atas keputusan Filipina dan menambah beliau bersedia untuk menolak sekiranya dasar tersebut menjejas kedudukan kolektif oleh blok serantau 10 negara, termasuk Myanmar.
Masih tidak jelas sama ada negara lain di bawah RCEP, yang termasuk semua 10 anggota ASEAN, selain China, Jepun, Australia, New Zealand dan Korea Selatan, juga tidak akan mengendahkan kemasukan Myanmar dan akhirnya mengharamkan kemasukannya dalam blok perniagaan itu. – AP