Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Filipina tuan rumah ACWO

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Tugas Presiden Konfederasi Pertubuhan Wanita ASEAN (ACWO) kepada pertubuhan wanita Filipina sebagai tuan rumah bagi konfederasi pada majlis yang berlangsung di Hotel Wafa dan Apartmen, Beribi, hari ini.

    Majlis itu menyaksikan Yang Dipertua Majlis Pembangunan Wanita Filipina, Dr Cecilia DY atas kapasiti beliau sebagai Presiden ACWO ke-21, menerima kalung dan bendera ACWO daripada Yang Dipertua MWNBD selaku Presiden ACWO ke-20, Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd Yusof.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan penyerahan tugas presiden itu ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

    Terdahulu, MWNBD mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan dan Mesyuarat Majlis Konfederasi, pada sebelah pagi.

    ACWO terdiri daripada organisasi-organisasi majlis kebangsaan wanita di setiap negara anggota ASEAN dan MWNBD tahun ini menjadi tuan rumah bagi Perhimpunan Agung Dwi-Tahunan ACWO ke-20.

    Datin Hajah Siti Hajar mengalungkan rantai ACWO kepada Dr Cecilia DY sebagai Presiden ACWO ke-21 pada majlis yang berlangsung di Hotel Wafa dan Apartmen, Beribi, kelmarin.
    Hajah Nor Ashikin menyaksikan penyerahan jawatan presiden pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...