Final Liga Europa: 5 jadi tumpuan

LYON, 16 Mei – Menjelang perlawanan final Liga Europa antara Atletico Madrid dan Marseille awal pagi Khamis, AFP Sport memilih lima tonggak utama yang dijangka bakal menentukan nasib pasukan masing-masing.

Antoine Griezmann

Masa depan Griezmann hangat diperkatakan dan mungkin berpindah ke Barcelona selepas musim ini, tetapi penyerang Perancis ini mengidam trofi utama pertama bersama Atletico Madrid dan mahu mengubati kekecewaan tewas kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara 2016 menerusi sepakan penalti.

Griezmann meledak 27 gol dalam semua kejohanan musim ini, termasuk ketika menumbangkan Arsenal di separuh akhir.

Antoine Griezmann. – AFP

Kini, dia sekali lagi diharap mampu mengecewakan Marseille, kelab yang disokongnya sejak kecil dalam aksi final di Lyon – tidak jauh dari tempat Griezmann membesar.

“Griezmann adalah antara penyerang terbaik di dunia dan dia boleh mencapai apa saja kemahuannya,” kata penjaga gol Marseille, Steve Mandanda.

Dimitri Payet

Florian Thauvin pula adalah peledak utama Marseille musim ini, dia menjaringkan gol pembukaan pada separuh akhir pertama menentang Salzburg, tetapi sebenarnya lawan mereka dari Sepanyol itu lebih risaukan kelibat Dimitri Payet.

Pemain yang memiliki 37 cap bersama Perancis itu bergelut untuk mendapat tahap kecergasan terbaik dan merisaukan penyokong Marseille sejak beberapa hari lalu – selepas cedera ringan pada bahagian otot yang menghalangnya daripada beraksi dalam perlawanan liga terakhir.

Dimitri Payet. – AP

Kebolehannya membuat hantaran tepat dan kemampuan merebut peluang pada situasi bola mati membuatkan bekas pemain West Ham United ini menjadi bintang utama skuad kendalian Rudi Garcia.

Dia juga mampu pulih sepenuhnya dalam tempoh singkat selepas berdepan masalah kecergasan yang teruk sebelum ini.

“Saya berada di prestasi terbaik. Apabila kamu merasakan sudah mencapai tahap fizikal terbaik, cergas 100 peratus di padang, kamu akan merasa lebih tenang dan boleh melakukan apa saja secara semula jadi,” kata Payet.

‘Mono’ Burgos

Jurulatih Atletico, Diego Simeone pula hanya akan menjadi pemerhati selepas dibuang padang ketika separuh akhir pertama menentang Arsenal.

Tanpanya, ‘Mono’ Burgos akan mengambil alih tugas mengurus pasukan, sama seperti yang dilakukan ketika pusingan kedua berdepan Arsenal.

Burgos. – AFP

Situasi itu dilihat akan memberi masalah kepada skuad dari Sepanyol kerana terpaksa beraksi tanpa Simeone, namun Burgos sebenarnya mempunyai personaliti yang cukup besar untuk memastikan kehilangan pengendali dari Argentina itu tidak begitu dirasai.

“Saya sedih kerana tidak berada di sana, tetapi kami saling mengenali untuk tempoh cukup lama dan memahami dunia bola sepak dengan pendekatan yang sama. Saya yakin dia mampu menguruskan situasi ini,” kata Simeone.

Luiz Gustavo

Pemain tengah itu telah menjadi pemain luar biasa bagi Marseille musim ini sejak masuk dari Wolfsburg di Jerman, tetapi adakah aksinya itu akan menjadi kunci kemenangan?

Garcia mencadangkan bahawa dia diletakkan bersama tiga pemain pertahanan, kerana itulah peluang terbaik pengendali dari Brazil ini untuk memulakan gerak atur serangan dari bawah, seperti yang dilakukannya semasa perlawanan Eropah baru-baru ini.

Tetapi mampukah Marseille mengawal sepenuhnya bahagian tengah dalam aksi final seperti ini?.

Luiz Gustavo. – AP
Koke. – AFP

Koke

Pemain pertahanan Atletico ini adalah titik kekuatan utama mereka, tetapi pemain midfielder Sepanyol mempunyai pengaruh besar untuk beraksi lebih hebat. Dia boleh bermain dan berdepan dengan dua pemain Griezmann dan Diego Costa, yang memberikan ancaman serupa yang menyaksikannya menjaringkan gol kemenangan di Getafe di La Liga pada hujung minggu.

“Kerja keras, dedikasi dan bakatnya menjadikannya kunci untuk Atletico dan pasukan kebangsaan,” kata Simeone mengenai pemain berusia 26 tahun itu.

“Secara rawak dia mempamerkan permainan yang lebih baik daripada sesiapa sahaja.” – AFP