Final Piala Afrika ditunda

KAHERAH, 19 APRIL Liga Juara-juara Afrika dan final Piala Konfederasi Afrika yang akan dilangsungkan pada bulan Mei, telah ditunda kelmarin kerana penularan wabak koronavirus, pegawai mengumumkan.

“Pusingan final Piala Konfederasi dan Liga Juara-juara 2019/2020 telah digantung sehingga notis akan datang,” kenyataan dari Konfederasi Bola sepak Afrika (CAF).

Bandar pelabuhan Douala, Cameroon, telah dipilih menjadi tuan rumah final Liga Juara-juara pada hari Jumaat, 29 Mei, di stadium yang baru dibina, Japoma, yang memuatkan kira-kira 50,000 buah tempat duduk.

Final Piala Konfederasi akan diadakan di Stadium Putera Moulay Abdellah ibu kota Magribi, Rabat pada hari Ahad, 24 Mei.

“Jadual bahawa akan dikongsikan dalam masa terdekat selepas konsultasi bersama dengan pelbagai pihak berkepentingan,” tambah kenyataan CAF, yang mana perlawanan separuh akhir telah pun ditunda.

“CAF telah memerhatikan situasi ini dengan teliti dan bekerja dengan pihak berkuasa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai impak virus di benua ini, dan akan mengumumkan perkembangan kejohanan kami dalam masa yang terdekat.”

Final timbal balik telah dihapuskan oleh CAF tahun lalu selepas pusingan kedua Liga Juara-Juara final di Tunis telah ditiadakan.

Pasukan dari Kaherah, Al Ahly dan Zamalek dan pasukan dari Casablanca, Raja dan Wydad telah mara ke pusingan separuh akhir Liga Juara-juara dua pusingan pada musim ini, dijadualkan pada 1 hingga 2 Mei dan 8 hingga 9 Mei.

Pasukan Magribi Hassania Agadir dan Renaissance Berkane, kelab Guine, Horoya dan pasukan dari Mesir, Pyramids telah mara ke pusingan separuh akhir Piala Konfederasi yang dijadualkan pada 3 dan 10 Mei. – AFP