Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Finas akan jumpa Awesome TV selesaikan isu tak bayar hutang

    Pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan permasalahan antara Awesome TV dan beberapa produser berhubung kegagalan syarikat penyiaran itu melunaskan bayaran projek penerbitan kepada pekerja-pekerja seni.

    Pengerusi agensi itu, Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, satu perjumpaan bersama wakil Awesome TV akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah berkenaan.

    “Kami akan cuba mengaturkan pertemuan dengan Awesome TV dan berbincang secara realistik. Kita cuba cari titik penyelesaian terbaik menerusi perbincangan yang sihat serta dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya kepada mStar.

    Zurainah ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa orang produser di Kompleks Finas, Hulu Klang pada Khamis bagi mencari jalan penyelesaian selepas produk mereka yang disiarkan stesen televisyen itu tidak dibayar. Pertemuan itu turut disertai Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang diwakili Timbalan Presidennya, Datuk A. Aida yang juga penerbit A. Aida Productions dan Ahli Perbadanan Finas.

    Tambah Zurinah pihaknya akan memastikan ada tarikh penyelesaian antara kedua-dua pihak bagi menamatkan permasalahan ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas. – Agensi

    “Selepas ini kami akan cuba mengaturkan pertemuan dengan Awesome TV dan berbincang secara realistik.

    “Kita cuba cari titik penyelesaian terbaik menerusi perbincangan yang sihat dan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.

    Sementara itu A. Aida mendedahkan hampir 10 orang penerbit tampil mengadu nasib mereka dan tidak mustahil mungkin ada lebih daripada itu yang mengalami nasib serupa.

    Malah ada juga penerbit yang mahu mengambil tindakan undang-undang namun dinasihati tidak berbuat demikian.

    “Kalau boleh pihak Awesome TV patuhilah kontrak yang telah ditetapkan. Janganlah menyusahkan mana-mana pihak dalam urusan kerja.

    “Ada penerbit drama yang mahu buat laporan polis, namun saya kata supaya sabar dahulu dan serahkan kepada Finas untuk selesaikan,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...