Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Finas tingkat kualiti filem M’sia menerusi MyLAB

    Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam usaha untuk meningkatkan kualiti filem Malaysia, agar setanding filem antarabangsa.

    Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata untuk itu, Finas melaksanakan satu projek iaitu Makmal Pembangunan Filem Cereka Fiksyen Malaysia (MyLAB), yang menggabungkan penulis skrip, penerbit dan pengarah tempatan, dalam program inkubator.

    Bagi membolehkan filem Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, beliau berkata penggiat industri perlu berani untuk meneroka kerjasama dan peluang, yang dapat membantu mereka menjana pendapatan dan meningkatkan kualiti seterusnya memperluaskan pasaran. Beliau turut berpendapat filem tanah air Malaysia yang agak terhad menyebabkan penerbit di Malaysia tidak dapat menjana pendapatan sewajarnya.

    Justeru beliau berkata Finas akan membantu para penggiat yang mempunyai potensi untuk menembusi pasaran antarabangsa, dengan mengadakan perjumpaan dan perbincangan meja bulat selain memberi insentif tertentu, misalnya dana pemasaran. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...