Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Findlay anjur pameran permohonan universiti

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Dalam membantu pelajar lepasan Peringkat A membuat pilihan melanjutkan pengajian dan masa depan kerjaya mereka, agensi perkhidmatan pendidikan Findlay (B) Sdn Bhd akan menganjurkan pameran permohonan universiti secara maya pada 25 hingga 27 Januari depan.

    Findlay dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, memaklumkan bahawa acara tersebut akan disertai oleh 31 wakil institusi pengajian tinggi dari United Kingdom (UK), Malaysia, Singapura dan Kanada, di mana para pelajar dan ibu bapa berpeluang untuk berhubung dengan mereka secara langsung dalam talian.

    Sehubungan itu, acara berkenaan merupakan peluang terbaik untuk pelajar yang sedang menunggu keputusan Peringkat ‘A’ mengetahui lebih lanjut mengenai institusi pilihan masing-masing.

    Acara tersebut dibuka kepada calon pelajar dan mereka yang sudah menerima tawaran melanjutkan pembelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

    Pengarah Urusan Findlay, Sunita Martin dipetik berkata, menerusi acara itu orang ramai dapat berkomunikasi secara langsung dengan wakil-wakil universiti di mana ia dapat membantu para pelajar mendapat gambaran lebih baik tentang program universiti dan persekitaran di setiap institusi yang sekali gus memudahkan mereka menentukan keputusan terbaik.

    “Semua usaha-usaha ini, di samping langkah-langkah keselamatan dan kebersihan yang terus dilaksanakan pihak universiti, adalah sangat menggalakkan. Apabila semakin banyak negara beralih kepada fasa endemik, mereka yang ingin mencari pendidikan tinggi kini boleh menantikan pengalaman universiti mereka sebagaimana yang telah dinikmati oleh insan-insan yang berjaya sebelumnya,” ujarnya.

    Pelajar dan ibu bapa boleh menghadiri temu janji mereka secara maya selama 20 minit dari rumah masing-masing.

    Para pelajar dikehendaki untuk membuat pra-pendaftaran dengan Findlay.

    Bagi mereka yang mempunyai sambungan Internet yang lemah, mereka dialu-alukan untuk datang ke Findlay bagi kemudahan sambungan Wi-Fi dengan mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadiri temu janji.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...