Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Findlay anjur sesi pembentangan Universiti Birmingham

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Bagi membantu golongan pelajar dalam membuat pilihan melanjutkan pengajian dan masa depan kerjaya mereka, agensi perkhidmatan pendidikan Findlay (B) Sdn Bhd bakal mengadakan sesi pembentangan secara percuma mengenai Universiti Birmingham pada 28 Jun ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Findlay, hari ini, sesi pembentangan itu nanti akan disampaikan oleh Pegawai Antarabangsa bagi Asia Tenggara, Alexa Haslam di ibu pejabat Findlay, Gadong bagi berkongsi lebih lanjut tentang universiti berkenaan khususnya kepada para pelajar yang berminat bersama ibu bapa atau penjaga mereka.

    Dalam pada itu, Findlay turut berkongsi mengenai kunjungan fizikal pertama daripada Universiti Birmingham, ahli Russell Group yang berprestij.

    Universiti berkenaan merupakan salah sebuah universiti 100 teratas di dunia dengan menduduki tempat ke-90 dalam QS World Rankings 2022.

    Reputasi globalnya adalah wajar bukan sahaja ia mengalu-alukan 10,000 pelajar dari 150 negara setiap tahun malah menjadi universiti pertama daripada Russel Group yang menubuhkan kampus di Dubai.

    Menerusi sesi pembentangan itu nanti, para ibu bapa dan pelajar juga digalakkan untuk mengetahui laporan kebolehpasaran siswazah terkemuka seperti laporan High Fliers dalam Pasaran Siswazah pada 2021 dan 2022 yang menunjukkan graduan Birmingham adalah antara yang paling dicari oleh majikan terkemuka.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...