HELSINKI, 20 Ogos – Finland hari ini bertafakur sejenak bagi menghormati mangsa-mangsa serangan tikam di bandar Turku, mengakibatkan dua mati dan lapan cedera.
Serangan tikaman pada Jumaat itu disiasat sebagai serangan keganasan pertama negara.
Di dataran pasar Turku, di mana serangan berlaku, beberapa ratus orang bertafakur seminit pada jam 10 pagi waktu tempatan.
Lilin dan bunga diletakkan di dataran itu, dengan pegawai bandaran, pekerja penyelamat berpakaian seragam, pegawai polis dan orang ramai membentuk satu bulatan di memorial sementara.
Ketua Biskop Kari Makinen, yang mengetuai Gereja Lutheran Evangelical Finland juga hadir.
Satu nota berhampiran sejambak bunga bertulis ‘Damai dan Cinta – Finland Tiada Keganasan.
Loceng dari Katedral Turku, gereja terbesar negara, berbunyi selama 15 minit sebelum senyap seminit untuk acara bertafakur. – AFP