Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Finland dinobat negara paling gembira 5 tahun berturut-turut

    HELSINKI, 18 MAC – Finland telah dinamakan sebagai negara paling gembira di dunia untuk tahun kelima berturut-turut, dalam indeks tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang meletakkan Afghanistan sebagai negara paling tidak gembira, diikuti oleh Lubnan. Senarai terkini disiapkan sebelum pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Bulgaria, Romania dan Serbia mencatatkan peningkatan terbesar dalam kesejahteraan. Kejatuhan terbesar dalam senarai Paling Gembira Dunia, yang dikeluarkan hari ini, ialah di Lubnan, Venezuela dan Afghanistan.

    Lubnan, yang menghadapi pergolakan ekonomi, jatuh ke tempat kedua terakhir pada indeks 146 negara, di bawah Zimbabwe.

    Afghanistan yang sudah berada di tangga terbawah tahun lalu, menyaksikan krisis kemanusiaannya semakin meruncing sejak Taliban kembali berkuasa Ogos lalu berikutan pengunduran tentera pimpinan AS.

    “(Indeks) ini memberikan peringatan yang jelas tentang kerosakan material dan bukan material yang dilakukan oleh peperangan kepada ramai mangsanya,” kata pengarang bersama, Jan-Emmanuel De Neve.

    Laporan Paling Gembira Dunia, yang kini memasuki tahun ke-10, adalah berdasarkan penilaian orang ramai ter-hadap kebahagiaan mereka, serta data ekonomi dan sosial.

    Ia memberikan skor kebahagiaan pada skala sifar hingga 10, berdasarkan purata data dalam tempoh tiga tahun.

    Eropah Utara kekal mendominasi tempat teratas – dengan Denmark kedua di belakang Finland, diikuti oleh Iceland, Switzerland dan Belanda. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...