Finland lantik PM wanita termuda

HELSINKI, 9 DIS – Parti Sosial Demokrat Finland melantik bekas menteri pengangkutan berusia 34 tahun untuk menyandang jawatan perdana menteri semalam, menjadikan beliau pemimpin kerajaan paling muda dalam sejarah negara.

Sanna Marin memenangi pengundian semalam untuk mengganti pemimpin bersara Antti Rinne, yang meletak jawatan pada Selasa selepas hilang kepercayaan rakan gabungan Parti Tengah disebabkan pengendaliannya terhadap mogok pekerja pos.

“Kami mempunyai banyak kerja dilakukan untuk membina semula kepercayaan,” beritahu Marin kepada wartawan pada malam semalam, sementara mengelak soalan mengenai umurnya.

“Saya tidak pernah memikirkan mengenai umur atau jantina, saya fikir sebab-sebab saya memasuki politik serta kepercayaan para pengundi.

Pada usia 34, Marin juga salah seorang pemimpin negara paling muda di dunia, di depan perdana menteri Ukraine, Oleksiy Honcharuk, yang berusia 35 tahun sekarang.

Bekas Perdana Menteri, Antti Rinne telah mengetuai gabungan lima parti Finland sejak Jun, dan pelantikan Marin tidak mungkin membawa kepada perubahan dasar besar oleh pentadbiran pimpinan Sosial Demokrat.

“Kami mempunyai program kerajaan yang dikongsi bersama,” kata Marin.

SDP memenangi pilihan raya perundangan pada April berdasarkan janji untuk menamatkan langkah berjimat cermat bertahun lamanya yang diperkenalkan oleh Parti Tengah untuk mengeluarkan Finland daripada kemelesetan.

Rinne meletak jawatan selepas krisis politik beberapa minggu berhubung pelan memotong gaji untuk 700 pekerja pos.

Parlimen dijangka melantik secara formal perdana menteri baharu esok. – AP

Sanna Marin daripada Parti Sosial Demokrat Finland selepas beliau dilantik Perdana Menteri di Helsinki, Finland, pada 8 Disember. – AFP