Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Finland, Sweden sertai NATO

    BRUSSELS, 28 APRIL – Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg hari ini berkata organisasi ketenteraan itu mengalu-alukan penyertaan Finland dan Sweden ‘dengan tangan terbuka’ jika kedua-dua negara memutuskan untuk berbuat demikian, lapor Agensi Anadolu.

    Stoltenberg berkata demikian pada sidang akhbar bersama Presiden Parlimen Eropah (EP) Roberta Mestola menjelang pertemuan dengan pemimpin EP.

    “Jika mereka memutuskan untuk memohon, Finland dan Sweden akan disambut dengan tangan terbuka untuk menyertai NATO. Finland dan Sweden adalah rakan kongsi rapat,” kata Stoltenberg.

    Kedua-dua negara menyokong demokrasi serta telah sekian lama bekerjasama dengan pertubuhan itu.

    Beliau memberi jaminan tentera Sweden dan Finland ‘memenuhi piawaian dan boleh bekerjasama dengan pasukan tenteranya.’

    “Kami dilatih dan menjalani latihan bersama-sama,” tegasnya, sambil menambah tentera Sweden dan Finland turut mengambil bahagian dalam banyak misi dan operasi NATO.

    Menurut laporan media, Finland dan Sweden bersetuju mengemukakan permohonan menjadi ahli pertubuhan pada pertengahan Mei.

    Kedua-dua negara mengambil pendirian berkecuali ketika Perang Dingin dan mencapai perjanjian perkongsian dengan NATO pada tahun 1995. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...