Fiorentina belasah Roma

MILAN, 31 Jan – Federico Chiesa menjaringkan gol hatrik ketika Fiorentina memalukan Roma 7-1 untuk mara ke separuh akhir persaingan Piala Itali, hari ini.

Chiesa menjaringkan dua gol awal, menambah gol ketiga pada separuh masa kedua untuk mengatasi penjaga gol Roma, Robin Olsen, dengan Giovanni Simeone menjaringkan dua gol pada 10 minit terakhir.

Luis Muriel dari Colombia dan Marco Benasso turut menjaringkan gol menentang Roma, yang terjejas selepas mensia-siakan tiga jaringan pendahulu untuk seri 3-3 menentang Atalanta dalam aksi Serie A, hujung minggu lalu.

“Saya terjejas tetapi saya tidak akan berhenti. Saya kecewa dengan pasukan dan tiada alasan mengenainya,” kata jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco.

“Saya bergelut untuk menjelaskan apa yang berlaku, seperti perlawanan tersebut berlaku kesilapan dalam setiap laluan yang boleh difikirkan. Ia memalukan.”

Chiesa (kiri) bersama Muriel meraikan jaringannya yang menyaksikan Roma dibelasah 7-1 pada pertemuan yang diadakan di Stadium Artemio Franchi, Florence, Itali, kelmarin. – AP

Skuad kendalian Di Francesco kembali bangkit selepas permulaan sukar musim ini dengan empat kemenangan bagi Serie A dan Coppa Italia, dan kini berada di tangga kelima dalam liga.

“Perkara yang mengecewakan tidak dapat dijelaskan. Setiap kali kami memikirkan kami pulih, kami akan menemukan kesakitan masih di sana,” kata bos Roma.

Chiesa menjaringkan gol pertama selepas tujuh minit dari hantaran lintang Cristiano Birgahi.

Tandukan dari Bryan Cristante menggegarkan tiang gol sebelum Chiesa, 21, menjaringkan gol keduanya ke atas Olsen selepas suku jam.

Aleksandar Kolarov menjaringkan gol bagi Roma selepas setengah jam perlawanan, tetapi Fiorentina tidak lama kemudian menjaringkan dua gol sekali lagi menerusi Muriel. – AFP