Wednesday, October 5, 2022
24.9 C
Brunei

Fiorentina kalah teruk, kekal di tangga keenam

-

TURIN, ITALI, 11 JAN – Josip Brekalo menjaringkan dua gol ketika Torino menewaskan Fiorentina 4-0 dalam Serie A kelmarin untuk menamatkan lima perlawanan tanpa kalah pasukan The Viola.

Wilfried Singo dan Antonio Sanabria juga menjaringkan gol untuk Torino, yang tidak tewas di tempat sendiri dalam tujuh perlawanan berturut-turut untuk pertama kali sejak tahun 2016 hingga 2017.

Torino berjaya melonjak ke tangga kesembilan sementara Fiorentina, salah satu kejutan separuh pertama musim ini, kekal di tempat keenam.

Perlawanan tersebut pada awalnya telah dijadualkan pada Ahad lalu tetapi ditangguhkan dalam tempoh satu hari untuk memberi masa kepada pemain Torino pulih daripada penularan koronavirus.

Ia adalah perlawanan pertama bagi tahun 2022 untuk kedua-dua kelab. Torino dihalang oleh pihak berkuasa kesihatan daripada bermain menentang Atalanta dalam pusingan sebelumnya selepas enam pemain dan dua kakitangan telah diuji positif COVID-19. – AP

Reaksi Josip Brekalo dari Torino setelah menjaringkan gol semasa perlawanan Serie A antara Torino dan Fiorentina di stadium Olimpik di Turin, Itali, 10 Januari. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -