Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Firefly sambung operasi penerbangan ke Singapura

    SINGAPURA, 13 JUN – Firefly, unit milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG) kelmarin menyambung semula operasi penerbangannya ke Lapangan Terbang Seletar di sini yang digantung sejak Mac 2020 berikutan penularan pandemik COVID.

    Penerbangan FY3124 berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan tiba dengan 64 pe-numpang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See dan delegasi yang mengiringi beliau pada pagi kelmarin.

    Penerbangan sulung Firefly ke Seletar adalah pada April 2019.

    Bercakap kepada pemberita kemudiannya, See berkata beliau berharap permintaan akan meningkat dan beransur-ansur kembali semula ke paras seperti sebelum pandemik.  

    Syarikat penerbangan itu yang menggunakan enam pesawat  ATR dengan enjin berkembar turboprop, terbang setiap hari ke Singapura sebelum ini, dan menawarkan penerbangan dua kali sehari buat masa ini. 

    Mengenai unjuran penumpang sehingga akhir tahun ini, See berharap ia boleh mencecah 60,000 hingga 70, 000 apabila kekerapan penerbangan ditambah.

    Menurutnya sebelum COVID, dengan jumlah enam penerbangan sehari muatan penumpang adalah kira-kira 50 peratus hingga 60 peratus.

    Sementara itu, See juga berkata Firefly tidak akan menyambung semula penerbangan antarabangsa ke destinasi lain dalam tempoh 12 bulan akan datang atau berkembang ke destinasi baharu. 

    Ditanya mengenai kekangan tenaga kerja dalam industri penerbangan, beliau berkata, buat masa ini Firefly tidak melihatnya sebagai satu cabaran besar. Bagaimanapun, katanya, syarikat penerbangan itu akan memantau perkembangan operasinya setiap hari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...