Firma AS ‘terperangkap’ dalam perang dagangan AS-China

BEIJING, 20 Mei – Firma-firma Eropah ‘terperangkan dalam pertikaian’ perang perdagangan AS-China dan hanya sedikit yang optimis tentang masa depan mereka dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu, menurut tinjauan perniagaan hari ini.

Pertikaian antara Beijing dan Washington itu tidak memberikan manfaat kepada syarikat-syarikat Eropah, bertentangan dengan apa yang diharapkan pada permulaan pertikaian tahun lepas, menurut Dewan Perdagangan Kesatuan Eropah di China.

“Kini ketegangan perdagangan itu dilihat sebagai ketidakpastian lain ke atas persekitaran perniagaan, sesuatu yang tidak akan dapat diselesaikan dengan segera sama ada adanya perjanjian atau tidak,” kata naib presiden dewan, Charlotte Roule.

“Ketegangan perdagangan, menurut anggota kami, adalah tidak baik untuk perniagaan.”

Menurut kajian, perang perdagangan adalah salah satu kebimbangan utama bagi firma-firma Eropah di China (23 peratus), selepas kemelesetan ekonomi China (45 peratus), ekonomi global (27 peratus) dan kos buruh meningkat di China (23 peratus).

Kajian itu, yang menerima jawapan daripada 585 firma telah dilancarkan pada Januari ketika ketegangan perang trans-Pasifik berkurangan.

Ia mula meningkat lagi pada awal Mei dengan AS dan China masing-masing menaikkan tarif kastam punitif. – AFP