Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Firma asing digesa tingkatkan pelaburan di Korea Selatan

    SEOUL, 17 FEB – Presiden Korea Selatan Moon Jae In hari ini meminta firma asing meningkatkan pelaburan di negara itu, berikutan tanda-tanda pemulihan ekonomi semakin kukuh meskipun berdepan ancaman COVID-19.

    Moon berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan eksekutif kanan syarikat pelaburan asing di sini, kata agensi berita Yonhap memetik satu kenyataan pejabat presiden.

    “Ekonomi Korea Selatan mengalami kesan paling kurang dalam kalangan negara maju serta mempamerkan pemulihan ekonomi cepat dan mampan, mengukuhkan statusnya sebagai destinasi pelaburan yang stabil,” kata Moon.

    Berbeza dengan negara lain yang mengamalkan sekatan pergerakan yang ketat, Korea Selatan terus memastikan ekonomi terbuka dan membenarkan pergerakan logistik dan rakyatnya, kata Moon.

    Sejak wabak tercetus, Korea Selatan berjaya mengekang penularan virus dengan mengamalkan penjarakan sosial tanpa melaksanakan langkah sekatan pergerakan drastik.

    Kerajaan juga telah menyediakan insentif cukai termasuk pengecualian cukai korporat dan pendapatan kepada firma asing apabila membuat pelaburan di sini, kata Moon.

    Pelaburan asing mencapai angka rekod hampir AS$30 bilion tahun lepas, menurut pejabat presiden. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...