Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Firma dron DJI gantung operasi di Rusia, Ukraine

    BEIJING, 27 APRIL – Pembuat dron terbesar dunia DJI berkata ia akan menggantung semua operasi perniagaan di Rusia dan Ukraine, dalam penggantungan awam luar biasa oleh sebuah firma China sejak serangan Rusia ke atas negara jirannya.

    “DJI sedang menilai pematuhan syarat-syarat dalam pelbagai bidang,” kata syarikat dalam satu kenyataan semalam.

    “Sementara menunggu kajian semasa, DJI akan menggantung semua aktiviti perniagaan buat sementara waktu ini di Rusia dan Ukraine.” Tindakan diambil bukan disebabkan sekatan Barat ke atas Rusia, beritahu jurucakap DJI kepada AFP dalam kenyataan yang dihantar menerusi e-mel.

    Firma itu sedang menilai kawalan import dan eksport dalam semua sektor, tambahnya. DJI berdepan kritikan pada bulan lalu daripada Ukraine, yang menuduh firma berpangkalan di Shenzhen itu membenarkan tentera Rusia menggunakan teknologinya dalam operasi tentera, termasuk ke atas orang awam. – AFP

    Phantom 4, dibangunkan pembuat dron China DJI kelihatan terbang semasa demonstrasi penerbangan di Tokyo. DJI berkata kelmarin ia telah menggantung aktiviti perniagaan di Rusia dan Ukraine. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...