Firma Israel dedah robot bersenjata ronda sempadan bergolak

LOD, ISRAEL, 13 SEPT – Kontraktor pertahanan Israel hari ini mendedahkan robot bersenjata kawalan jauh yang dikatakannya boleh meronda zon peperangan, mengesan penceroboh dan melepaskan tembakan.

Kenderaan tanpa kendalian manusia itu merupakan tambahan terbaharu kepada dunia teknologi dron yang pantas membentuk semula medan peperangan moden.

Penyokong berkata mesin semi autonomi itu membolehkan tentera melindungi askar-askar mereka, sementara pengkritik bimbang ia menandakan langkah berbahaya lain robot dalam membuat keputusan antara hidup dan mati.

Robot 4WD yang diperkenalkan hari ini itu telah dibangunkan oleh Industri Aeroangkasa Israel, REX MKII milik kerajaan.

Ia dioperasi menggunakan tablet elektronik dan boleh dilengkapi bersama dua mesingan, kamera dan sensor, kata Rani Avni, timbalan ketua divisyen sistem autonomi syarikat itu.

Robot itu boleh mengumpulkan perisikan bagi tentera darat, membawa askar cedera dan bekalan ke dan dari pertempuran serta melancarkan serangan berdekatan sasaran.

Ia adalah kenderaan paling canggih daripada lebih puluhan yang dibangunkan oleh subsidiari Industri Aeroangkasa, ELTA System, lebih 15 tahun yang lalu.

Tentera Israel pada masa ini menggunakan kenderaan kecil namun serupa yang digelar Jaguar untuk meronda sempadan bersama Semenanjung Gaza dan membantu memperkukuhkan sekatan Israel yang dikenakan pada 2007, selepas wilayah kecil dirampas oleh kumpulan pejuang Hamas.– AP

REX MKII dilihat di kemudahan IAI dekat bandar tengah Lod, Israel pada 9 September. – AP