Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Firma IT China sertai pameran teknologi terbesar di Timur Tengah

    DUBAI, 9 Okt – Firma teknologi China telah menyertai Minggu Teknologi Gitex ke-37, pameran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terbesar di Timur Tengah, yang dibuka di sini kelmarin. Pameran lima hari tahun ini, yang telah mengumpulkan 4,100 peserta pameran dari lebih dari 70 buah negara termasuk China, dianggarkan menarik lebih 100,000 pelawat.

    Lebih banyak syarikat China mengambil bahagian dalam pameran tahun ini dalam usaha untuk meneroka peluang pasaran atau memperluaskan bahagian pasaran mereka di Timur Tengah dan Afrika Utara, pasaran IT yang semakin berkembang.

    Firma cip biru China serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berharap mendapat manfaat daripada transformasi digital rantau ini dengan secara aktif menyertai pameran Gitex. Penganjuran teknologi tahunan telah lama menjadi platform untuk memasarkan produknya untuk gergasi IT China Huawei, yang tahun ini mempamerkan penyelesaian terkini berhubung dengan Internet, pengkomputeran awan dan perisian pintar bandar.

    Orang ramai ketika melawat pameran Gitex 2017 di Pusat Perdagangan Dunia di Dubai pada 8 Oktober 2017. – AFP

    “Timur Tengah adalah pusat penerokaan dan inovasi yang bersejarah,” kata Charles Yang, presiden Huawei Timur Tengah. “Kami kini melihat satu era di mana rantau ini memulihkan kepimpinan dalam bidang ini sebagai perintis transformasi digital.”

    Banyak PKS dari China juga mengambil peluang untuk memasarkan produk mereka di Timur Tengah dan Afrika Utara di mana statistik menunjukkan bahawa perbelanjaan IT dijangka tumbuh 2.4 peratus pada 2017 untuk mencecah AS$155.8 bilion. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda