Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Firma M’sia meterai MoU RM100 juta di Ekspo Dubai

    KUALA LUMPUR, 15 FEB – Tiga syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM100 juta dengan tiga rakan niaga antarabangsa berpotensi pada acara Ekspo 2020 Dubai, semalam.

    Pemeteraian itu membabitkan Propeasy Sdn Bhd dan Mahaley Marketing, Fario Holdings Sdn Bhd dan Miko Koffie NV dari Belgium selain Govicle Sdn Bhd dan Six Day Company LLC, menurut kenyataan SME Corp Malaysia (SME Corp) yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

    Syarikat tempatan terbabit adalah sebahagian daripada 17 syarikat permulaan dan PKS berprestasi tinggi yang menyertai delegasi Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai – Minggu PKS Malaysia yang diketuai oleh MEDAC menerusi SME Corp sebagai agensi pelaksananya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...