Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Firma siber kenal pasti serangan DDoS ke atas 46 syarikat, organisasi di Jepun

    TOKYO, 12 JAN – Sebuah firma keselamatan siber Jepun mengenal pasti serangan penafian perkhidmatan teragih (DDoS) yang menyasarkan 46 syarikat dan organisasi di Jepun, lapor media tempatan hari ini, lapor Xinhua.

    Trend Micro mengenal pasti dan menganalisis rangkaian yang dikenali sebagai botnet yang berkemungkinan besar digunakan dalam serangan DDoS itu, yang sejumlah besar data dihantar ke laman web atau pelayan untuk menyebabkan gangguan, menurut stesen penyiar awam NHK.

    Sebanyak 46 syarikat dan organisasi di Jepun mengalami serangan ini antara 27 Disember dan 9 Januari, menurut laporan syarikat itu.

    Beberapa syarikat besar Jepun, termasuk Japan Airlines, MUFG Bank dan NTT Docomo, menjadi sasaran serangan siber tersebut sejak akhir Disember yang mengakibatkan gangguan pada sistem mereka atau akses ke laman sesawang mereka terjejas.

    Katsuyuki Okamoto dari Trend Micro berkata walaupun sukar untuk menentukan tujuan serangan itu, beliau berpandangan, ia mungkin dilakukan sebagai persediaan bagi serangan yang lebih besar. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda