Firma teknologi China didenda lagi

BEIJING, 21 NOV – Syarikat gergasi teknologi China termasuk Kumpulan Alibaba dan Tencent Holdings dikena denda semalam kerana gagal melaporkan pemerolehan korporat, menambah kepada tindakan keras anti-monopoli oleh Parti Komunis.

Syarikat gagal melaporkan 43 pemerolehan yang berlaku sejak lapan tahun lalu di bawah peraturan mengenai ‘pemerolehan operasi,’ menurut Pentadbiran Negeri untuk Peraturan Pasaran. Setiap pelanggaran membawa denda 500,000 yuan, katanya.

Beijing telah melancarkan peraturan anti-monopoli, keselamatan data dan tindakan keras lain ke atas syarikat teknologi sejak akhir 2020.

Parti pemerintah bimbang syarikat mempunyai terlalu banyak kawalan ke atas industri mereka dan mengingatkan mereka supaya jangan menggunakan pengaruh mereka untuk merampas pengguna atau menyekat kemasukan pesaing baharu.

Syarikat lain yang didenda dalam tindakan penalti terbaharu termasuk peruncit dalam talian JD.com Inc dan SuningLtd dan operator bar gelintar BaiduInc. Pemerolehan yang berlaku sejak 2013 termasuk rangkaian teknologi, pemetaan dan aset teknologi perubatan.

Syarikat ‘gagal mengisytiharkan pelaksanaan pemerolehan operasi,’ kata badan pengawal selia di laman webnya.

Alibaba, syarikat e-dagang terbesar di dunia berdasarkan jumlah jualan, didenda AS$2.8 bilion pada April disebabkan amalan yang dikatakan badan pengawal sebagai menindas persaingan.

Meituan, platform hantaran makanan, didenda AS$534 juta pada 8 Oktober lalu. – AP

Gambar serahan Xinhua menunjukkan Wang Yong, pengarah Suruhanjaya Anti-Monopoli Majlis Negeri (tengah) menghadiri perasmian Biro Anti-Monopoli Nasional di Beijing, China pada 18 November. Firma teknologi gergasi China didenda semalam kerana gagal melaporkan pemerolehan korporat. – AP