Firma Teknologi terbesar batal ikut pameran CES

SAN FRANCISCO, 24 DIS – Firma teknologi ternama seperti Google, Lenovo dan Intel hari ini membatalkan rancangan untuk mengikuti Pameran Electronik Pengguna (CES) di Las Vegas, disebabkan kebimbangan mengenai COVID-19.

Tiga buah syarikat itu merupakan sebahagian lagi syarikat yang semakin menambah senarai pembatalan penyertaan, tidak mahu pekerja mereka menghadapi risiko semasa pameran tersebut, menayangkan ataupun memberi taklimat di acara tahunan itu.

“Selepas pertimbangan dengan berhati-hati, kami membuat keputusan untuk tidak menyertai pameran CES 2022 itu,” kata wakil jurucakap dari perusahaan Internet terbesar Amerika Syarikat (AS), Google.

“Kami telah memantau sepenuhnya perkembangan terkini varian Omicron, dan memutuskan bahawa ini adalah keputusan yang terbaik untuk kesihatan dan keselamatan pasukan kami.”

Waymo, unit kereta pandu-sendiri dari Google juga turut terjejas, mengatakan syarikat tersebut akan mengambil bahagian secara maya.

Firma teknologi ternama seperti Google, Lenovo dan Intel telah membatalkan rancangan untuk mengikuti CES di Las Vegas.

Syarikat komputer terbesar China, Lenovo dalam ciapannya di Twitter telah memutuskan untuk “memberhentikan semua aktiviti’ di pameran itu.

Dan pembuat cip Intel, AS telah memberitahu AFP bahawa mereka ‘akan teknologi digital terlebih dahulu, secara dalam talian dan mengurangkan kakitangan di tempat kerja’ bagi menghindari risiko.

Perkara itu dibuat ketika beberapa buah syarikat besar mempertimbangkan untuk sama ada membatalkan atau menangguhkan rancangan mereka menyertai acara tersebut disebabkan penularan varian Omicron yang menular dengan pantas.

Pameran yang diadakan selama empat hari itu dirancang untuk kembali dengan megah, masih lagi dijadualkan pada awal 5 Januari.

Tetapi minggu ini, Meta yang dimiliki Facebook, Amazon, T-Mobile dan Twitter juga telah membatalkan penyertaan mereka.

Penerbitan teknologi dunia termasuk CNET, The Verge dan TechCrunch berkata mereka tidak akan menghantar wartawan untuk membuat liputan acara itu, kerana meramalkan kemungkinan CES ditangguhkan atau dibatalkan.

Penganjur pameran, Persatuan Pengguna Teknologi pada minggu lalu berkata, jumlah pempamer yang pasti ikut serta mencecah 2,100 dan akan memberikan kit ujian pantas COVID-19 secara percuma kepada yang hadir sebagai langkah keselamatan. – AFP