Firma telekom, AS setuju diamkan ‘robocalls’

SAN FRANCISCO, 23 OGOS – Lebih daripada 10 firma telekom dan peguam umum negeri dari seluruh Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk menetapkan dasar yang bertujuan untuk menangani ‘robocalls’ yang menyalahi undang-undang.

‘Robocalls’ yang degil dan kadangkala mengelirukan menyebabkan pembuat dasar meluluskan satu peraturan baharu bagi membolehkan syarikat-syarikat untuk memasang peranti bagi menyekat panggilan daripada sumber yang meragui.

Peraturan dibuat sebagai amalan industri secara sukarela termasuk memiliki teknologi untuk menyekat panggilan automatik daripada penipu atau pemasar yang degil.

“Dengan menandatangani dasar ini, para pemimpin industri akan membuat langkah baharu bagi mengelakkan telefon anda berdering disebabkan panggilan yang tidak diingini,” kata peguam umum North Carolina, Josh Stein. – AFP