HONG KONG, 28 Mei – Firma tenaga menyaksikan kemerosotan dengan harga minyak di Asia hari ini selepas Arab Saudi dan Rusia memberikan petunjuk mereka mungkin menambah pengeluaran, sementara tanda-tanda sidang kemuncak Donald Trump dengan Kim Jong Un mungkin diadakan semula sekali gus memberikan sokongan kepada pasaran ekuiti.
Kedua-dua kontrak utama merosot pada Jumaat lalu selepas menteri minyak Saudi Khaled al-Faleh berkata negaranya mungkin membuka lebih banyak pengeluaran pada separuh tahun kedua untuk memastikan tidak timbulnya sebarang kejutan bekalan.
Rakan sejawatan di Rusia, Alexander Novak berkata mereka telah bercakap mengenai perjanjian berusia dua tahun untuk mengehadkan pengeluaran, menambah Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Pretroleum (OPEC) dan anggota perjanjian lain akan membincang pembatalan had pada bulan depan.
Komen tersebut keluar tatkala kebimbangan bekalan meningkat, dengan pengeluar utama Venezuela terjejas oleh ketidakpastian ekonomi, Iran berdepan dengan sekatan eksport dan permintaan yang dilihat meningkat.
Jumaat lalu, Brent merosot tiga peratus dan WTI merosot empat peratus, dan dalam perniagaan awal di Asia mereka merosot seterusnya sebanyak dua peratus. Kerugian itu dicatat selepas minyak mentah pada awal bulan ini mencecah tahap rendah sejak November 2014 dan mendorong penjualan mendadak dalam firma Asia.
Woodside Petroleum yang disenaraikan di Sydney 3.6 peratus lebih rendah dan Inpex merosot dengan jumlah yang sama di Tokyo.
CNOOC merosot tiga peratus di Hong Kong, sementara Singapura merosot lebih daripada dua peratus. – AFP