Firma ubat gigi dilelong

SHANGHAI, 12 JUN – Sebuah syarikat ubat gigi telah dilelong di syarikat e-dagang Alibaba Taobao, portal membeli-belah amat popular di China yang menjual segala-galanya daripada barangan rumah biasa kepada jet jumbo.

Jenama ubat gigi Tianqi, nama popular di China, dan pengeluarnya Guangxi Aoqili disenaraikan untuk dilelong semalam pada harga permulaan 163.24 juta yuan.

Pakej yang ditawarkan termasuk 57 tanda dagangan berkaitan dengan Tianqi, industri harta tanah dan peralatan pengeluaran, menurut notis pelelongan, yang tidak menjelaskan sebab-sebab syarikat dijual atau kenapa Taobao dipilih untuk menjalankan transaksi tersebut. Syarikat gagal dijual dalam pusingan pertama, selepas dua pembeli mendaftar.

Syarat-syarat pelelongan mewajibkan pembida yang berjaya meneruskan pengeluaran Tianqi sebulan selepas dijual.

Tianqi paling popular pada awal 2000, tetapi telah beransur lenyap dengan pesaing merampas bahagian pasarannya.

Notis pelelongan tidak berkata hari ini sama ada penjualan akan dilakukan sekali lagi. – AFP