Firminho penyelamat Liverpool

DOHA, 19 DIS – Liverpool menempatkan pasukan mereka di perlawanan akhir Piala Dunia Kelab setelah menewaskan Monterrey dari Mexico.

Roberto Firmino mencetak gol pada minit kecederaan memberikan Liverpool jalan yang cerah ke pentas akhir Piala Dunia Kelab yang berlangsung di Qatar kelmarin.

Perlawanan akhir Piala Dunia Kelab ini bakal menyaksikan satu pertemuan yang sudah lama tidak disaksikan semenjak tahun 1981 pertemuan di antara Liverpool dan Flamengo.

Kini, bola sepak Eropah sudah mempunyai perubahan yang ketara dan mempunyai gaya permainan menarik dan berkembang jauh dari sebelumnya. Perlawanan separuh akhir Liverpool merupakan satu perlawanan yang luar jangkaan apabila mereka menghadapi kesukaran semasa perlawanan bersama Monterrey.

Naby Keita meletakkan Liverpool di hadapan setelah menjaringkan gol di minit ke-11 namun pasukan lawan menerusi Rogelio Funes Mori menyamakan kedudukan setelah menjaringkan gol selepas tiga minit gol pembukaan tersebut dilakukan.

Perlawanan tersebut dijangkakan akan berakhir dengan tambahan masa, namun penyerang asal Brasil Firmino melakukan gol pada minit-minit terakhir membuka luas jalan Liverpool untuk berada di perlawanan akhir piala ini menentang Flamengo.

“Mereka membuatkan kami bekerja keras,” kata ketua pasukan Liverpool Jordan Henderson. “Secara jujurnya kami tidak membuat banyak percubaan, namun kami ada membuat beberapa percubaan yang baik. Kami bernasib baik untuk mara ke peringkat akhir.” – AP

Pemain Liverpool meraikan kemenangan suku akhir Piala Dunia Kelab di Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha, Qatar pada 18 Disember. – AP