Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Firmino berdepan kecederaan

    LIVERPOOL, 28 April – Jurgen Klopp mendedahkan Roberto Firmino telah mengalami kecederaan otot selepas Liverpool bangkit semula ke kedudukan teratas Liga Perdana dengan menewaskan Huddersfield 5-0 pada Jumaat.

    Kecederaan Firmino, dialami ketika dalam latihan pada minggu ini, merupakan berita buruk untuk Liverpool ketika mereka bergelut dengan Manchester City dalam perlumbaan kejuaraan dan bersedia untuk berdepan dengan Barcelona dalam pusingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara pada Rabu.

    Bos Liverpool Klopp tetap optimistik mengenai peluang penyerang Brazil untuk pulih dengan cepat, namun berita kecederaan menyuramkan perlawanan yang memaparkan Naby Keita menjaringkan gol selepas 15 saat untuk gol Liga Perdana paling cepat untuk kelab.

    “Dia berlatih seperti biasa semalam namun selepas latihan, dia mengalami kecederaan otot,” kata Klopp.

    “Selain daripada itu, segalanya adalah positif dan dia mungkin bersedia untuk Rabu.

    Roberto Firmino memberi penghargaan kepada penyokongnya pada akhir perlawanan bola sepak di stadium Anfield di Liverpool yang lalu. – AP

    “Kami tidak tahu buat masa sekarang. Disebabkannya, kemungkinan besar dia akan bermain.

    “Daripada semua berita buruk yang anda terima, ia adalah keputusan terbaik tetapi ia masih cukup teruk sehingga dia tidak dapat bermain pada malam ini.”

    Meskipun diagnosis yang tidak serius, Klopp tidak mampu memasuki peringkat penting dalam musim ini tanpa semua pemain.

    Dengan Sadio Mane dan Mohamed Salah juga menjaringkan gol dua kali, ia adalah perlawanan yang agak selesa untuk Liverpool di padang tatkala mereka mendahului dua mata di depan Manchester City, yang berkunjung ke Burnley hari ini.

    Kemenangan terbaharu membawa Liverpool kepada 91 mata, cukup untuk memenangi kejuaraan liga dalam 105 daripada 119 musim sebelumnya dalam sejarah bola sepak Inggeris.

    Namun dengan City masih mempunyai nasib untuk memenangi kejuaraan tersebut, prospek yang timbul adalah Liverpool mungkin mengakhiri kempen dengan 97 mata dan hanya menduduki tempat kedua.

    “Jika kami boleh memperoleh 97 mata, maka biarlah kami mencubanya, kemudian baru kami melihat,” kata Klopp.

    “Ia masih sejarah. Kami berkata kami mahu mencipta sejarah kami sendiri dan pemain berkenaan adalah cemerlang. Itulah sebabnya kami berada di tempat yang sepatutnya, sekarang biarlah kami teruskan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda