Oleh Fizah HAB
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Firoz Jaya Silkhouse Sdn Bhd telah membuka cawangannya yang ke-7 di Kampung Tanjung Bunut, hari ini.
Hadir pada majlis pembukaan itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misli bin Haji Karim, ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu serta Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Brunei Darussalam, Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan serta para jemputan.
Majlis berkenaan juga menyaksikan penyampaian replika cek bernilai $5,000 kepada Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara serta penyampaian hadiah kepada 180 orang anak yatim dan yang kurang berkemampuan dari Mukim Kilanas.



Penyampaian telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Firoz Jaya Silkhouse Sdn Bhd, Firoz Khan dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan.
Para pengunjung juga berpeluang mendapatkan promosi termasuk diskaun istimewa sehingga 70 peratus yang akan ditawarkan hingga 7 Mei ini.