Monday, October 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fiskey bertekad untuk kembali

    LAS VEGAS, 10 Jan – Henrik Fisker melancarkan kereta mewah elektriknya yang berharga $129,000 semalam, dalam satu usaha oleh pereka bentuk kereta terkenal bersaing dengan Tesla dan firma lain.

    The Fisker Emotion, yang didedahkan untuk pertama kalinya pada Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, adalah sebahagian daripada usaha pemulihan untuk Henrik Fisker, bekas pereka bentuk BMW dan Aston Martin di mana usaha pertamanya dihentikan pada tahun 2013 selepas menjual beberapa ribu kenderaan sahaja.

    Kali ini, Fisker sedang bertungkus-lumus untuk menjayakan kenderaan tersebut, direka dengan pintu rama-rama dan rupa bentuk kereta sports yang anggun dan jarak 400 batu dalam satu cas.

    Kereta itu, yang masih mempunyai dua tahun sebelum dikeluarkan, “merupakan kereta sedan mewah baru yang popular untuk masa depan,” beritahu Fisker kepada AFP di dewan pameran CES.

    Fisker berkata ciri-ciri seperti jarak pemanduan lanjutan “akan membuat orang yang bersikap neutral mengenai kereta elektrik untuk melihatnya.”

    Henrik Fisker ketika berucap di sebelah kenderaan elektrik Fisker Emotion yang menggunakan teknologi LIDAR. – AFP

    Bagaimanapun, usaha baru itu menghadapi kesukaran dalam industri di mana Tesla telah pun menunjukkan pertumbuhan pesat dan pesaing lain daripada pengeluar kereta utama kepada firma baru, termasuk sebuah firma yang muncul pertama kali pada pameran teknologi yang menghasilkan kereta elektrik baru.

    Fisker juga sedang mengusahakan teknologi baterinya sendiri yang bertujuan mempertingkatkan jarak dan masa mengecas. Beliau berharap dapat memiliki sistem mengecas yang boleh mengecas 125 batu tambahan dalam sembilan minit. Syarikat itu juga sedang mengusahakan bateri padu yang dikatakan oleh Fisker boleh mencapai cas sepenuhnya dalam masa satu minit.

    Seperti Tesla, Fisker juga mengusahakan kenderaan yang lebih mampu dengan harga kira-kira AS$40,000 selepas Emotion.

    Ia telah mereka bentuk bas pandu sendiri digelar Orbit yang juga mungkin dilancarkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

    Bergabung dengan Fisker adalah firma teknologi berpangkalan di California Quanergy, yang sedang mengeluarkan LIDAR yang digunakan untk pemanduan automatik.

    Emotion menggunakan lima sensor LIDAR yang dihubungkan ke dalam badan dan “ia adalah satu-satunya LIDAR tanpa objek bergerak,” kata CEO Quanergy Louay Eldada. Pelancaran oleh syarikat baru Fisker diadakan selepas kemuflisan oleh Fisker Automotive.

    Sebelum melancarkan usahanya sendiri Fisker Karma, Fisker mereka bentuk kenderaan termasuk BMW Z8 dan Aston Martin DB89. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda